|
 |
TENTANG MESIN
KAD KREDIT |
 |
|
|
|
SITUASI
1
|
Puan
Zakia merupakan individu yang menggemari aktiviti membeli- belah.
Di mana sahaja ada promosi jualan, beliau tidak melepaskan peluang
untuk
mengunjunginya. Selain wang tunai, beliau juga membawa bersama-sama
beberapa
keping kad kredit pelbagai bank sebagai persediaan di saat memerlukan.
Sehingga
ditakdirkan, premis ANDA melakukan promosi jualan akhir tahun.
Pelbagai barangan perlu dihabiskan untuk digantikan dengan barangan
terbaru.
Puan Zakia yang teruja dengan barangan promosi ANDA berhasrat melakukan
pembelian pukal !
Walau
bagaimana pun, beliau teramatlah kecewa akibat kekurangan tunai,
beliau tidak dapat melakukan pembayaran menggunakan kad kreditnya,
memandangkan
premis ANDA TIADA mesin kad kredit.
Bagaimana
dengan perasaan ANDA pula?
|
|
 |
Apa
itu Mesin Kad Kredit?
Mesin
Kad Kredit @ Merchant Terminal @ Credit Card Terminal @ Terminal
Swipe @ Card Credit Machine merupakan
satu medium
perantara untuk transaksi pembayaran di antara pemilik kad
kredit,
peniaga (ANDA) dan pihak bank.
Terminal
tersebut digunakan bagi memudahkan ANDA sebagai peniaga memberi
kemudahan pembayaran kepada pemilik-pemilik kad kredit melakukan belian
barangan atau perkhidmatan di premis anda.
SITUASI 2
|
Kemelesetan
ekonomi dunia dan kenaikan harga
barang mengakibatkan Johnson runsing dengan perbelanjaan isi rumah yang
kian
meningkat. Kos sara hidup di bandar yang tinggi memerlukan beliau
memohon kad
kredit sebagai persediaan di waktu luar jangka.
Ditakdirkan
kereta yang digunakan untuk pergi
dan balik kerja mengalami kerosakan. Ianya perlu dibaiki dengan segera
bagi memastikan
tugasan kerja tidak terganggu. Beliau datang ke premis ANDA untuk
membaiki
keretanya.
Apabila
siap dibaiki, beliau menghulurkan
sekeping kad kredit untuk membayar kos pembaikan. Beliau tidak membawa
tunai
dan premis ANDA TIADA mesin kad kredit.
Apa
reaksi ANDA?
|
Kenapa
PERLU untuk memiliki
Mesin Kad Kredit?
Mesin
Kad Kredit amat
diperlukan bagi setiap premis perniagaan yang berhasrat untuk
menawarkan kaedah pembayaran alternatif kepada pelanggan
mereka.
Jualan
perniagaan ANDA
tidak sepatutnya hanya bergantung kepada TUNAI sahaja, malahan ianya
boleh
dipertingkatkan melalui penggunaan KAD juga.
Bezanya,
wang jualan
tersebut akan anda terima dalam tempoh 2 hingga 5 hari bekerja, dan
ianya terus di bank-in
ke akaun bank perniagaan anda.
|
|
|
|
|
Siapa
yang PERLU memiliki Mesin Kad Kredit?
Mesin
Kad Kredit HANYA
ditawarkan kepada para peniaga yang
memiliki premis perniagaan yang sah. Tidak kira perniagaan anda kecil
atau
besar, jual produk atau perkhidmatan, baru atau lama, semuanya boleh
memohon
dengan memenuhi syarat seperti memiliki :-
|
|
|
|
LESEN
PERNIAGAAN Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Premis
& Papantanda perniagaan.
MUDAH
BUKAN?
Berdasarkan
pengalaman saya, antara industri
yang sesuai untuk menawarkan khidmat kad kredit adalah seperti
berikut :-

Ini
antara CONTOH industri yang disebutkan sahaja,
untuk industri lain masih boleh memohon.
|
|
|
|
Apa
aplikasi yang terdapat di dalam
Mesin Kad Kredit?
Selain
menerima pembayaran kad kredit, mesin ini turut menerima
pembayaran bagi 2 jenis kad yang lain iaitu KAD
DEBIT dan KAD
BANK
(ATM - 12 bank). Di samping itu juga, mesin ini turut dilengkapi
aplikasiprogram Easy Payment
0% (ditawar oleh bank) dan untuk
PENDAFTARAN
kad prepaid bank.
Oleh
yang demikian, peniaga
yang
memohon mesin ini, akan menerima 5
aplikasi di dalam satu mesin.
|
|
|
|
Bagaimana
untuk memiliki Mesin Kad Kredit?
Untuk
memiliki sebuah Mesin Kad Kredit, anda
perlu memohon
dengan pihak bank. Ia semakin mudah melalui ejen perantara,
memandangkan ejen
lebih memahami berkaitan prosedur permohonan.
Terdapat
beberapa dokumen (yang tak mungkin didapati di bank) perlu
dilengkapkan. Contohnya, 'Merchant
Agreement'.
Maklumat
borang
permohonan perlu
diisi. Seterusnya, ejen kami akan membantu anda isi set borang
'Merchant
Agreement' tersebut.
|
|
|
SITUASI
3
|
Ramesh,
remaja 15 tahun gemar bersantai pada hujung minggu bersama
rakan-rakan di shopping mall
di bandar. Dia membawa
bersama-sama tunai
dan sekeping kad debit pemberian ibunya sebagai persediaan di waktu
luar jangka.
Dia
merancang untuk membuat fesyen rambut pada hari itu. Cas khidmat
pusat dandanan rambut adalah RM15 sahaja. Dia tidak mahu menggunakan
tunai yang
ada.
Dia
memilih untuk menggunakan kad debit yang telah ditambah-nilai RM50
oleh ibunya. Setentunya, keutamaan pemilihan pusat dandanan adalah yang
mempunyai terminal untuk menerima pembayaran menggunakan kad tersebut.
Sekiranya
ANDA mengusahakan pusat dandanan yang memiliki mesin kad
kredit di shopping mall tersebut,
ada tak kemungkinan Ramesh
memilih
untuk menggunakan perkhidmatan anda?
|
Jenis
Terminal
Terdapat
2 jenis terminal yg digunakan
sebagai medium menerima pembayaran kad kredit iaitu:-
1) EDC (Electronic
Draft Capture)
Terminal
- terminal disambung ke talian tetap telefon @ faks kedai.
2) GPRS
Terminal - terminal tanpa
wayar yg menggunakan kad sim.

EDC
TERMINAL

GPRS
TERMINAL
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|