Utama | Blog | Agensi
       UTAMA    

TENTANG MOHD RIDUAN AGENCY
Siapa MOHD RIDUAN AGENCY ?

MOHD RIDUAN AGENCY (MRA) merupakan unit pemasaran di bawah Revenue Group of Companies.

Unit ini diketuai oleh Mohd.Riduan Bin Ab.Latib selaku pengurus agensi. Para pelanggan (usahawan / peniaga) yang memohon mesin kad kredit melalui MRA adalah di bawah seliaan kami sepenuhnya. MRA wujud khusus untuk membantu peniaga yang 'kurang diberi perhatian'? oleh pihak bank bagi mendapatkan khidmat merchant terminal tersebut.

Kini, terdapat lebih 500 peniaga yang telah mendapatkan khidmat MRA dari seluruh negara.


Visi & Misi MRA?

MRA menjadi agensi terbaik dengan merekrut lebih 1000 peniaga pada Disember 2010.







Peranan MRA?

MRA berfungsi sebagai ejen pemasaran mesin kad kredit. MRA berperanan seperti berikut :-

  Rekrut - MRA melakukan rekrut bagi setiap pelanggan yang berhasrat menggunakan kemudahan perbankan ini. MRA arif tentang prosedur, kaedah serta cara memohon terminal dengan pihak bank. Pelanggan hanya perlu isi dokumen (termasuk merchant agreement) serta menyediakan dokumen sokongan (SSM, penyata bank) yang diperlukan, manakala selebihnya MRA yang uruskan. MRA akan menyediakan kertas kerja (evaluation form & financial analysis) bagi pihak pelanggan untuk mendapatkan kelulusan pihak bank.

  Pemasangan / installation - Untuk kes-kes tertentu, MRA berkemampuan untuk melakukan aktiviti pemasangan mesin di premis perniagaan pelanggan. Mesin yang telah lulus akan di'set-up' di pejabat Revenue sebelum dipasang di kedai pelanggan.

  Latihan / training - MRA juga berkebolehan melakukan latihan cara penggunaan mesin kepada pelanggan sama ada secara amali latihan di premis pelanggan mahupun secara arahan di talian telefon.

  Khidmat selepas jualan / after sales service - MRA juga melakukan khidmat selepas jualan untuk pelanggan yang berhasrat untuk menambah terminal, memindahkan terminal (relocate), meningkatkan had limit transaksi harian terminal, mengkaji semula cas MDR dan sewa terminal dan sebagainya.






               
 

Pusat operasi MRA ?

MRA beroperasi dari alamat berikut :-

Plaza Sg Mas
Suite 10-B, Tingkat 10
Batu 5, Jalan Ipoh
52100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-6257 8455
Faks : 03-6257 7509









   
 









^ Top | Copyright © 2008 - 2010 MOHD.RIDUAN AGENCY. All rights reserved.

Designed by: MRA Digital Artist